Pages

Sejarah PSS





SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kinabutan telah diwujudkan pada tahun 1990. Pusat Sumber Sekolah ini dilancarkan pembukaan rasminya oleh Ketua Penolong Pengarah Pendidikan , Bahagian Teknologi Pendidikan Kota Kinabalu, Puan Hajah Rita T.Jaafar pada 24 Oktober 1990.


VISI PSS

SEKOLAH KEBANGSAAN KINABUTAN BESAR MENJADI
PUSAT SUMBER SEKOLAH  MAJU  DI NEGERI SABAH.

MISI PSS

SEKOLAH KEBANGSAAN KINABUTAN BESAR MENJADIKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PUSAT PENYEBARAN ILMU DAN MAKLUMAT.

PIAGAM

MENGAPLIKASIKAN PELAJAR CEMERLANG,
GURU TERBILANG,PUSAT SUMBER GEMILANG
SEJAJAR DENGAN MATLAMAT NEGARA.


OBJEKTIF

Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran dan berprestasi pencapaian dibidang akademik.

Menggalakkan guru-guru dan murid-murid menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak semata-mata kepada buku teks.

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan guru-guru serta murid-murid yang berbeza di antara satu sama lain.

Membantu guru-guru serta murid-murid dalam memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan pelbagai media dan panca indera.

Melatih murid-murid menggunakan pengamatan mereka sendiri selaras dengan perkembangan minda serta individu dan bertindak dengan dunia luar secara seimbang dan berkeyakinan.

KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH


Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat yang mengumpul, memproses dan menyebarkan bahan atau sumber-sumber maklumat. Ia termasuklah keseluruhan koleksi bahan bercetak dan bukan cetak meliputi alatan teknologi terkini. PSS turut dilihat sebagai pusat sokongan ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, ia perlu memenuhi keperluan kegiatan pelajar-pelajar  dalam pendidikan mereka termasuk dalam kegiatan ko-kurikulum. Justeru itu, PSS wajar memiliki koleksi bahan dan alatan yang mencukupi dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan tersebut.

No comments:

Post a Comment