Featured Posts
Mari Membaca
Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat.Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar.Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati.Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.
PROGRAM NILAM
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai.Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid.
POWER OF READING
“A reader lives a thousand lives before he dies, said Jojen. The man who never reads lives only one.” ― George R.R. Martin, A Dance With Dragons
Mutiara Kata
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
Mencapai kejayaan dengan langkah pertama
Setiap daripada kita ada cita-cita dan impian tersendiri.Untuk mencapai cita-cita dan impian itu, maka kita perlulah berusaha.Tidak kira besar atau kecil impian tersebut, selagi mana kita hanya berpeluk tubuh, selagi itulah kita tidak akan mencapai apa-apa kejayaan.