Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 8 May 2013

Pengenalan NILAM




NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

OBJEKTIF

1. Menggalakkan murid banyak membaca.

2.Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

3. Mencari Tokoh NILAM yang akan mewakili Daerah ke Peringkat Bahagian.


  • TAHAP PELAKSANAAN

Merangkumi 2 Tahap :

1. Tahap Jauhari - Membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat yang dikenali sebagai Jauhari.

2.Tahap Rakan Pembaca - Membantu Pencambahan penyertaan murid dan penggunaan bahan dalam aktiviti galakan membaca.

SESI PENILAIAN

Sesi Penilaian akan merangkumi 2 bahagian iaitu :

1. Ujian Lisan - Meliputi aspek-aspek Pengesanan Minat Membaca, Pengesanan Kemahiran Membaca, Pengesanan Pengetahuan, Pengesanan Penghayatan dan Aspresiasi Pembacaan.

2. Ujian Penulisan - Menjurus kepada pengesanan kemahiran membuat rumusan atau ulasan.

Calon akan bergerak mengikut urutan ujian bagi kelancaran program.


  • SYARAT PENCALONAN

Seorang Murid Tahun 6 ( Sekolah Rendah ) dan Tingkatan 5 ( Sekolah Mengeah ) yang mencapai pengikhtirafan NILAM dalam tahap Jauhari.


  1. Rekod yang diperlukan :
  2. Borang Pencalonan
  3. Borang Kebenaran Ibubapa/Penjaga
  4. Folio Calon
  5. Buku Rekod Bacaan NILAM (Asal)
  6. Salinan Sijil Pencapaian NILAM yang disahkan oleh pentadbir
  7. Salinan Sijil Ko-Kurikulum yang disahkan oleh pentadbir
  8. Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak calon disahkan oleh pentadbir
  9. Salinan keputusan Peperiksaan yang disahkan oleh pentadbiran
Kategori :

1. Sekolah Rendah Bandar

2. Sekolah Rendah Luar Bandar

3. Sekolah Menengah Bandar

4. Sekolah Menengah Luar Bandar


  • SISTEM GANJARAN

Tahap Jauhari - Sekolah Rendah



Jumlah Bacaan
Pengikhtirafan
90 - 179
GANGSA
180 - 269
PERAK
270 – 359
EMAS
360 – Ke Atas
NILAM


Tahap Jauhari - Sekolah Menengah



Jumlah Bacaan
Pengikhtirafan
72 – 143
GANGSA
144 – 215
PERAK
216 – 287
EMAS
388 – Ke Atas
NILAM


Tahap Rakan Pembaca ( RP )

Pengiraan markah berdasarkan jumlah pendengar, penonton, pembaca atau peminjam buku untuk setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid yang telah mencapai RP dengan bimbingan guru. Contoh kiraan :

Bercerita : 1 sesi x 20 Pendengar = 5 Markah



Jumlah Bacaan
Pengikhtirafan
100 – 199
GANGSA
200 – 299
PERAK
300 – 399
EMAS
400 – Ke Atas
NILAM

0 comments:

Post a Comment