Thursday, 9 May 2013
Wednesday, 8 May 2013
Perkhidmatan dan Kemudahan di PSS
Perkhidmatan Sirkulasi Bahan
Sirkulasi bahan di sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, jumlah pengguna dan keperluan pengguna.
Sirkulasi bahan terdiri daripada:
a. Pinjaman biasa
b. Pinjaman khas
c. Pinjaman berkelompok
Sirkulasi bahan juga boleh dibuat antara PSS / perpustakaan awam melalui pinjaman antara perpustakaan (inter-library loan) bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.
• Perkhidmatan Khidmat Nasihat / Rujukan
Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah berkaitan perkara berikut :
• Pemilihan bahan
• Pencarian maklumat
• Rekabentuk, pembinaan dan penggunaan bahan P&P
• Penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
• Perkhidmatan Kesedaran Semasa
PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.
Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui sumber berikut :
a. laman web sekolah / PSS
b. keratan akhbar
c. muka surat kandungan majalah
d. bibliografi beranotasi
e. senarai bahan terkini
f. abstrak dan indeks bahan terpilih
g. pangkalan data bibliografi sumber PSS
h. pameran buku baru
• Perkhidmatan Pendidikan Pengguna
Program pendidikan pengguna perlu disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian maklumat.
• Perkhidmatan Papan / Sudut Maklumat
Akses kepada maklumat sekolah / PSS perlu disediakan melalui papan / sudut maklumat yang ditempatkan di lokasi yang strategik.
• Perkhidmatan Pengurusan Sumber Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan mengikut keperluan dan kemampuan sekolah. Akses kepada pangkalan data sumber maklumat pelbagai bidang ilmu sama ada dalam atau luar negara perlu disediakan melalui laman web sekolah atau PSS.
• Perkhidmatan kemudahan bilik / ruang
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :
• Bilik Tayangan / Audio Visual / Multimedia
• Pusat Akses Kendiri
• Sudut Bercerita / Aktiviti
• Sudut / Bilik Perbincangan
• Bilik Rakaman
• Perkhidmatan Reprografi
Perkhidmatan ini disediakan untuk percetakan, memuat turun maklumat digital dan membuat salinan bahan.
• Perkhidmatan Akses Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk mengakses maklumat menggunakan kemudahan Internet atau Intranet.
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat
Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang
mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak
dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk
tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras
dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dasar
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber
Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan
cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran.
Strategi
Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
•
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur
yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
•
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai
dan terkini.
•
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai
dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
•
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang
menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
•
Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan
aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran.
•
Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi
membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan
pemikir yang kritis
•
Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua
warga sekolah
•
Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat,
pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)
•
Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
•
Pusat Ilmu
•
Pusat Penemuan
•
Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
•
Pusat Pengajaran
•
Pusat Profesional
•
Pusat Hubungan Masyarakat
•
Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif,
seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi
keperluan warga sekolah.
•
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu
atau kumpulan.
•
Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian,
penghasilan dan penggunaan maklumat.
•
Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik
dan berfungsi.
• Menjalin
perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Program
dan halatuju PSS di Malaysia adalah sejajar dengan perkembangan ICT masa kini.
PSS kini bukan hanya terdiri daripada bahan cetak semata-mata (buku, surat
khabar, jurnal, majalah) malah merangkumi bahan berbentuk elektonik dan digital
(courseware, e-bahan, eduweb TV, e-book, audio book, e-jurnal, newspaper online).
Program
dan halatuju PSS tidak boleh lari daripada dua dokumen berikut:
•
The School Library Manifesto: The school library in teaching and learning for
all (IFLA/UNESCO 2000)
•
The IFLA/UNESCO School Library Guidelines (2002)
Kedua-dua
dokumen ini menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan PSS di Malaysia.
Pengenalan NILAM
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
OBJEKTIF
1. Menggalakkan murid banyak membaca.
2.Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
3. Mencari Tokoh NILAM yang akan mewakili Daerah ke Peringkat Bahagian.
- TAHAP PELAKSANAAN
Merangkumi 2 Tahap :
1. Tahap Jauhari - Membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat yang dikenali sebagai Jauhari.
2.Tahap Rakan Pembaca - Membantu Pencambahan penyertaan murid dan penggunaan bahan dalam aktiviti galakan membaca.
SESI PENILAIAN
Sesi Penilaian akan merangkumi 2 bahagian iaitu :
1. Ujian Lisan - Meliputi aspek-aspek Pengesanan Minat Membaca, Pengesanan Kemahiran Membaca, Pengesanan Pengetahuan, Pengesanan Penghayatan dan Aspresiasi Pembacaan.
2. Ujian Penulisan - Menjurus kepada pengesanan kemahiran membuat rumusan atau ulasan.
Calon akan bergerak mengikut urutan ujian bagi kelancaran program.
- SYARAT PENCALONAN
Seorang Murid Tahun 6 ( Sekolah Rendah ) dan Tingkatan 5 ( Sekolah Mengeah ) yang mencapai pengikhtirafan NILAM dalam tahap Jauhari.
- Rekod yang diperlukan :
- Borang Pencalonan
- Borang Kebenaran Ibubapa/Penjaga
- Folio Calon
- Buku Rekod Bacaan NILAM (Asal)
- Salinan Sijil Pencapaian NILAM yang disahkan oleh pentadbir
- Salinan Sijil Ko-Kurikulum yang disahkan oleh pentadbir
- Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak calon disahkan oleh pentadbir
- Salinan keputusan Peperiksaan yang disahkan oleh pentadbiran
Kategori :
1. Sekolah Rendah Bandar
2. Sekolah Rendah Luar Bandar
3. Sekolah Menengah Bandar
- SISTEM GANJARAN
Tahap Jauhari - Sekolah Rendah
Jumlah Bacaan
|
Pengikhtirafan
|
90 - 179
|
GANGSA
|
180 - 269
|
PERAK
|
270 – 359
|
EMAS
|
360 – Ke Atas
|
NILAM
|
Tahap Jauhari - Sekolah Menengah
Jumlah Bacaan
|
Pengikhtirafan
|
72 – 143
|
GANGSA
|
144 – 215
|
PERAK
|
216 – 287
|
EMAS
|
388 – Ke Atas
|
NILAM
|
Tahap Rakan Pembaca ( RP )
Pengiraan markah berdasarkan jumlah pendengar, penonton, pembaca atau peminjam buku untuk setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid yang telah mencapai RP dengan bimbingan guru. Contoh kiraan :
Bercerita : 1 sesi x 20 Pendengar = 5 Markah
Jumlah Bacaan
|
Pengikhtirafan
|
100 – 199
|
GANGSA
|
200 – 299
|
PERAK
|
300 – 399
|
EMAS
|
400 – Ke Atas
|
NILAM
|
Subscribe to:
Posts (Atom)